Beli barang secara lelongan di sini

Ahad, 2009 November 08

Gambar MPV Perodua yang dikatakan MPV paling berbaloi di Malaysia

MPV Perodua dikatakan bakal menjadi MPV paling berbaloi sekali di Malaysia.



Gambar lain boleh didownload di sini dan sini

Sabtu, 2009 September 12

Amalan 10 malam terakhir Ramadhan




حديث عائشة :كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ، وَأَحْيَ لَيْلَهُ، وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ Kata `Aisyah "Nabi saw apabila masuk 10 malam terakhir akan mengikat kainnya, menghidupkan malamnya dan mengejutkan keluarganya daripada tidur"
Malam yang paling baik sepanjang tahun ialah 10 malam terakhir Ramadhan. Ini kerana diharapkan berlaku di dalamnya malam al-Qadar yang lebih baik daripada seribu bulan.
Masuknya 10 terakhir Ramadhan ialah dengan tenggelamnya matahari hari ke 20 Ramadhan dan berakhir dengan tenggelamnya matahari sebelum bermula hari raya.
Tiga perlakuan nabi pada 10 malam terakhir Ramadhan ialah mengikat kain, menghidupkan malam dan menggerakan isterinya daripada tidur. Menghidupkan malam bererti baginda menghidupkan 10 malam terakhir sepenuhnya dengan ibadah.
Sabit dalam hadis yang sahih bahawa baginda tidak menghidupkan malam sepenuhnya hingga ke subuh pada malam-malam biasa. Justeru hadis ini hanya merujuk kepada 10 malam akhir.
Menggerakkan isteri daripada tidur menunjukkan bahawa baginda tidak mewajibkan para isteri dan keluarga untuk berjaga sepanjang malam. Itu adalah kemampuan baginda. Tapi mereka dibiarkan tidur terlebih dahulu, kemudian dikejutkan daripada tidur untuk sama-sama menghidupkan malam.
Menurut Nawawi dalam Syarh Muslim, para ulama berbeza pendapat tentang maksud mengikat kain. Satu pendapat: ia adalah tanda kesungguhan dalam beribadah melebihi kebiasaan nabi saw pada malam-malam lainnya. Kata sebahagian ulama: ia kinayah kepada tidak berlakunya jima` dengan isteri kerana kesibukan beribadah diwaktu malam.


dari darulfuqaha

Selasa, 2009 Ogos 18

Berubat H1N1 cara Thai (Herba)

Berubat H1N1 cara Thai


Mari kita sama-sama mencuba. Jika diizin oleh Allah SWT, maka akan ada hasilnya. Cara mereka mengubati penyakit selsema babi.
bahan2nya adalah:

1. air kelapa
2. kurma
3. mangkuk

cara2nya

1. masukkan kurma ke dalam mangkuk
2. tuang air kelapa
3. biar sejam dua
4. minum air kelapa bersama makan kurma

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

Rabu, 2009 Ogos 05

Kematian Yasmin dirancang!!

http://isu-isu-panas-hangat.blogspot.com/2009/07/kematian-jasmin-ahmad-dirancang.html

Kematian Jasmin Ahmad dirancang!
Berita kembalinya seorang pengarah terkenal tanah air, Jasmin Ahmad amat menyedihkan banyak pihak.Ramai beranggapan bahawa kematian beliau merupakan kehilangan besar di dalam industri perfileman negara.
Apa pun tanggapan orang, bagi saya kematian beliau merupakan suatu yang telah dirancang. Saya juga bertanggunjawab ke atas kenyataan saya ini.

Kematian Yang Dirancang.

Kematian Jasmin Ahmad memang telah lama dirancang. Perancan utama kematian beliau memiliki kepakaran yang memang luar biasa dalam semua aspek. Saya memang kenali perancang kematian ini.Anda juga pasti kenal. Masakan anda tidak kenal dengan orang yang telah menciptakan sesuatu yang sungguh luar biasa.Masakan anda tidak kenal dengan pemilik segala harga benda di dunia ini. Masakan anda tidak kenal dengan Bos kepada seluruh bos yang ada di muka bumi ini.Dia ialah Rabbul Jalil.Allah tuhan pencipta alam.
Dialah yang menghidupkan dan mematikan.Maka, Dialah yang merancang segalanya untuk hambaNya. Dia jugalah yang merancang kematian si pengarah yang tersohor ini.

Pengajaran Kepada Yang Masih Hidup

Maka, kematian sememangnya pasti menjemput kita. Tak kiralah kita ini dipanggil orang dengan gelaran Dato' , Tan Sri mahupun Yang Maha Mulia. Siapalah kita untuk menghalang si Izrael datang membawa amanah dari Allah untuk mencabut nyawa kita?
Maka kerana itu, ingatlah firman Allah yang bermaksud " Apabila datang kepada kamu ajal kamu, maka tidak dilambatkan mahupun dicepatkan walaupun sesaat"

wallahual'lam

Selasa, 2009 Julai 14

Live Dari Manek Urai

Anda boleh mendapatkan keputusan tidak rasmi PRK Manek Urai di sini

Ahad, 2009 Julai 12

Video Obama usha buntut budak bawah umur bernama Mayara Tavares

Video Budak Perempuan Sekolah TerengganuBergaduh masuk berita tv

Yang ni ke?aku pun tak pasti.layan jela..

macam2tips stats